Sila tinggalkan jejak

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers
Showing posts with label mommy-to-be. Show all posts
Showing posts with label mommy-to-be. Show all posts

18 July 2014

Mama Sofea

Assalammualaikum w.b.t

Lama yang amat Ilan tinggalkan blog ni. Kenapa eh.

Bila dah jadi Mama Sofea ni kehidupan berubah 100%. Tak percaya? Tanya la mommy kat luar tu.

Rindu sangat nak ketuk keyboard nal post pasal macam-macam. Tapi at last jadi draft. Hihih.

In sha allah, lepas ni Ilan akan teruskan perjuangan sebagai blogger kembali. Tunggu....

12 October 2013

My baby is 36 weeks old

Assalammualaikum reader semua,

Ilan dah 36 minggu! Hai nervous la rasa hati ni. Last two weeks dah pergi hospital, berkenalan dengan gynea yang akan sambut baby Ilan. Next appointment at week 37th. Dr. nak bawa lawat labour room. Amek feel gitewww.

So dari segi persedian menyambut Little S. boleh dikatakan 70% ready la. Since perangai Ilan ni memang suka lengah-lengah, husband and mak la yang bising-bising suruh beli itu. Beli ini. Suruh packing barang nak bawak p hospital segala. Yang Ilan ni, buat relaks je.

So hari ni, at week 36 la baru Ilan beli set bersalin, bengkung. And mak suruh beli herba mandian sekali. Bagi badan segar. Orang dolu-dolu cari daun-daun tu belakang rumah je. Kita sekarang on laptop, klik2 tunggu parcel sampai. Sediakan ongkosnya je.

So Ilan decided amek Set bersalin NR, Bengkung NR and Mandian Herba Mak Bidan. Ranap RM365 sekaligus. Takpe la, investment untuk kesihatan badan kan.



 Lepas tu duk survey pulak breast pump. Memang dah lama usha Medela Free Style tu. Tapi RM1499 paling murah yang Ilan jumpa secara online. Lepas fikir punya fikir, i decided to start with manual pump first which is Medela Harmony. Kalau hasil susu lumayan nanti, boleh reward myself with Medela Swing or FS. Bergantung pada rezeki :)

Barang baby semua dah siap. Baju Little S banyak sangat. MIL bagi lagi. Cuma bebanan kerja je perlu diselesaikan sebelum Ilan 'Boom'. Doakan dipermudahkan segalanya. Amin.


04 August 2013

A mommy to-be; 26weeks

As-salam,

Entri kedua untuk malam ni. Sekarang tengah rancak survey set berpantang. Sementara ada masa. Barang baby satu pun tak beli lagi. Sebab belum confirm gegirl ke boboy. So survey set berpatang je lah dulu. Mula-mula tak sedar pun keperluan barang-barang ni. Sampai mak ingatkan.

Antara 3

1) Nona Roguy
2) Tanamera
3) Amway

 Blog-hopping la dari semalam and discuss dengan my SIL, we decide to use set berpantang Amway. Less than RM300 and boleh consume until 44days. Mula-mula da decide nak beli Tanamera, tapi tak jadi sebab set Tanamera tak leh tahan sampai habis pantang which is 44days.

Disebabkan terlalu terpengaruh dengan review pasal Tanamera, Ilan beli loose pack, ada a few barang yang nak consume sebelum bersalin. Harap boleh permudahkan proses bersalin nanti. Semalam dah beli online, tunggu Tanamera respond je. It costs me about RM112 for 5 items. Ok la kan. Hehe tak sabar tunggu parcel sampai. Next month online purchase set Amway pula.

Pic credit to hartinipunyerblog















24 May 2013

i'm a happy mommy-to-be

Alhamdulillah, rezeki Allah. Tak sangka dikurniakan anugerah ini secepat ini. Saya 'bunting pelamin' kata orang tua. Hari tu pergi check-up pun nurse cakap "Bunting pelami ke. Inai kat kaki tak hilang lagi"

Perasaan? Harus lah sangat-sangat happy. Sebab Ilan memang merancang untuk ada baby secepat mungkin. Atas banyak faktor. Antaranya; beri cucu cepat-cepat pada mak dan abah. Kukuhkan ikatan kasih sayang me dan hubby.

Soal mampu? In sha Allah. Anak tu kan rezeki. Jangan pernah risau pasal semua tu. Kalau asyik fikir mampu ke tak, sampai bila nak tunggu. Fikirlah. Dulu mak abah kita besarkan kita pun hidup takde lah mewah mana. Alhamdulillah hidup sederhana tu lah yang bantu saya jadi orang. Kenal erti penat lelah mak abah :)
Jangan pernah persoalkan qada' dan qadar Allah.

Doakan me and baby sihat-sihat hendaknya. Ameen. Macamana la rupa anak Ilan nanti. Mesti comel heheh!
Seronok tengok baby mata bolat-bolat
Ini baby saya. Sudah ada heartbeat.