Kalau sesiapa ada terbaca post Ilan sebelum ni, al-kisah nak pergi Kursus Kahwin. Ehemmm. Batuk pulak. Al-kisah 26 and 27 Mei yang malang. Ilan tak masuk pun kursus pada hari tu (sigh)Kenapa? Sebab Ilan tak baca peraturan di belakang resit. Yes memang Ilan salah at the first place. Resit tu, Incek Tunang baru bagi masa keluar kereta bila sampai tempat kursus. Dia engat Ilan memang tahu. Sebab ramai kawan dah pergi kursus. Tapi tak semua tempat peraturannya sama. Miscommunication disitu.
Bila sampai kaunter pendaftaran, makcik yang ambil attendance tu tanya kenapa tak pakai tudung putih and she refused to let me get into the course just because tak pakai tudung berwarna putih. Ilan tak tahu pulak kena pakai tudung putih. Baru dapat resit pagi tadi. Kalau tahu memang Ilan akan pakai. Bukan masalah besar pun bagi Ilan nak pakai tudung putih.
Selepas babak negotiation antara Ilan dan makcik yang boleh Ilan katakan agak 'kerek', Ilan mula give up. Mendidih juga la rasa darah muda ni and i do provoke her. "Pakai tudung purple ni tak tutup aurat ke Puan". Sebelum Ilan terkurang ajar terhadap makcik yang tiada timbang rasa tu, so Ilan ambil keputusan untuk balik. Biarlah Ilan rugi RM80 dari bertekak dengan makcik yang mentaliti nya kurang arif, tidak berbudi bahasa apatah lagi tolak ansur. Hello, Ilan bukan datang kursus tu for free. I pay u somemore. But then? Agak kecewa sebenarnya dengan management Co. tu. Sepatutnya, saya nak menikah, anda permudahkan. Bukan menutup dan memperlecehkan jalan saya :(
Incek Tunang yang dah masuk pun keluar dari bilik seminar and decided to go home with me. Dia memang tak kan biarkan Ilan sensorang. I cried all the way home. Rasa kecewa sangat sebab Ilan sangat semangat pagi tu but end up kecewa dengan sikap sesetengah orang Melayu yang lupa diri, walaupun bekerja jaga kaunter pendaftaran (pathetic) Balik rumah tenangkan diri. Petang tu, Ilan dan Incek Tunang pun mendaftar semula kat tempat lain, yang lebih mesra pelanggan. Siap mention kat resit WARNA BEBAS! Tahniah buat diri sendiri sebab tabah untuk dugaan pertama ni.
Second one, Rabbi yassir wa la tuassir. |