Sila tinggalkan jejak

04 August 2014

Tarikh penting dalam hidupku

Assalammualaikum reader..

Selamat hari raya aidilfitri Ilan ucapkan pada semua. Hmm sambil basuh pinggan tadi terfikir nak update blog. Hih.

Hubby kerja replace orang. Night shift pulak. Sunyi la saya malam ini. Sofea dah tidur. So boleh lah mama update blog kejap. Hih.

Bila fikir balik , sekejap je masa berlalu. Sofea dah nak masuk 9 bulan dah. Mari kita imbau kembali kronologi perkenalan Ilan dengan si suami tercinta.

1999 - Kenal each other
29/06/2007 - Declair couple
14/1/2012 - Bertunang
25/1/2013 - Nikah
26/1/2013 - Bersanding
27/1/2013 - Bertandang
29/1/2013 - Honeymoon @Sabah
7/11/2013 - Birthday Hubby
9/11/2013 - Due date Sofea
10/11/2013 - 3.54pm lahirnya penyeri dunia kami Nur Alya Sofea

Sesungguhnya kehidupan berkeluarga ni sangat indah walaupun mencabar. Aku sangat bersyukur atas kurniaan Allah swt.

18 July 2014

Mama Sofea

Assalammualaikum w.b.t

Lama yang amat Ilan tinggalkan blog ni. Kenapa eh.

Bila dah jadi Mama Sofea ni kehidupan berubah 100%. Tak percaya? Tanya la mommy kat luar tu.

Rindu sangat nak ketuk keyboard nal post pasal macam-macam. Tapi at last jadi draft. Hihih.

In sha allah, lepas ni Ilan akan teruskan perjuangan sebagai blogger kembali. Tunggu....

12 October 2013

My baby is 36 weeks old

Assalammualaikum reader semua,

Ilan dah 36 minggu! Hai nervous la rasa hati ni. Last two weeks dah pergi hospital, berkenalan dengan gynea yang akan sambut baby Ilan. Next appointment at week 37th. Dr. nak bawa lawat labour room. Amek feel gitewww.

So dari segi persedian menyambut Little S. boleh dikatakan 70% ready la. Since perangai Ilan ni memang suka lengah-lengah, husband and mak la yang bising-bising suruh beli itu. Beli ini. Suruh packing barang nak bawak p hospital segala. Yang Ilan ni, buat relaks je.

So hari ni, at week 36 la baru Ilan beli set bersalin, bengkung. And mak suruh beli herba mandian sekali. Bagi badan segar. Orang dolu-dolu cari daun-daun tu belakang rumah je. Kita sekarang on laptop, klik2 tunggu parcel sampai. Sediakan ongkosnya je.

So Ilan decided amek Set bersalin NR, Bengkung NR and Mandian Herba Mak Bidan. Ranap RM365 sekaligus. Takpe la, investment untuk kesihatan badan kan.



 Lepas tu duk survey pulak breast pump. Memang dah lama usha Medela Free Style tu. Tapi RM1499 paling murah yang Ilan jumpa secara online. Lepas fikir punya fikir, i decided to start with manual pump first which is Medela Harmony. Kalau hasil susu lumayan nanti, boleh reward myself with Medela Swing or FS. Bergantung pada rezeki :)

Barang baby semua dah siap. Baju Little S banyak sangat. MIL bagi lagi. Cuma bebanan kerja je perlu diselesaikan sebelum Ilan 'Boom'. Doakan dipermudahkan segalanya. Amin.


04 August 2013

A mommy to-be; 26weeks

As-salam,

Entri kedua untuk malam ni. Sekarang tengah rancak survey set berpantang. Sementara ada masa. Barang baby satu pun tak beli lagi. Sebab belum confirm gegirl ke boboy. So survey set berpatang je lah dulu. Mula-mula tak sedar pun keperluan barang-barang ni. Sampai mak ingatkan.

Antara 3

1) Nona Roguy
2) Tanamera
3) Amway

 Blog-hopping la dari semalam and discuss dengan my SIL, we decide to use set berpantang Amway. Less than RM300 and boleh consume until 44days. Mula-mula da decide nak beli Tanamera, tapi tak jadi sebab set Tanamera tak leh tahan sampai habis pantang which is 44days.

Disebabkan terlalu terpengaruh dengan review pasal Tanamera, Ilan beli loose pack, ada a few barang yang nak consume sebelum bersalin. Harap boleh permudahkan proses bersalin nanti. Semalam dah beli online, tunggu Tanamera respond je. It costs me about RM112 for 5 items. Ok la kan. Hehe tak sabar tunggu parcel sampai. Next month online purchase set Amway pula.

Pic credit to hartinipunyerblog















Syawal is coming, Ramadhan is leaving us soon

As-salam reader semua,

Seronok menunggu raya, dalam masa yang sama sedih nak meninggalkan Ramadhan. Alhamdulillah lagi 3 hari berpuasa, jika diizinkan Allah, sempurnalah sebulan Ilan berpuasa. Cabaran berpuasa ketika hamil? Rasa biasa je, sahur benda berat, minum susu. In sha Allah, mampu bertahan. Even sometimes ada rasa lemah badan, selalu mommy pesan dekat baby, kejap ye..kejap lagi dah nak buka -____-

Tahun pertama nak beraya bersama suami. Tapi last day Hubby text "B kena kerja raya pertama" Perasaan masa tu? Emm dah kenapa. Hari tu kata cuti..Takpe lah, kalau dah terpaksa. Rupanya, si Hubby dah mengamuk dekat tempat kerja pasal tak boleh cuti. Kira kena kerja paksa rela la ni.

Ada pulak nasi tambah yang bersuara "Rilek la, aku pun ada anak bini jugak" mana tak hangin dia. "Jangan nak samakan aku dengan kau. Kau dah bertahun rasa beraya dengan bini, aku ni kali pertama nak rasa bini ak salam tangan aku pagi raya" Meleleh la air mata Ilan dengar hubby cakap macam tu. Marah bertul Hubby bila orang suka-suka buat macam tu. Suka-suka suruh kerja. Kita da plan da balek raya mana semua :( Tapi Ilan kena la cool down kan Hubby. At last, dia decide pergi half day lepas solat hari raya and sesi salam-salam.

I love my Hubby so much! Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance!