Sila tinggalkan jejak

31 March 2011

mantera anjasmoro


ok siapa follow cerita ni? i'm typing this entry fast sebab kejap je lagi cerita ni nak start dah. ilan suka cerita ni and i'm following this story since the beginning. tapi hubby cakap bosan for me, ok. storyline a bit slow that's why hubby cakap macam tu. tapi frankly speaking jalan cerita memang menarik. misteri and suspen. blend together and make it such a perfect plot in every episode.
Drama ini menampilkan banyak adegan suspen dan permainan emosi. Mantera Anjasmoro mengisahkan tentang seorang isteri yang menggunakan ilmu pengasih rebusan air seluar suami. Adi Putra sebagai Zahid dan Eja sebagai Sabrina, isteri kepada Zahid. Mereka merupakan pasangan suami isteri yang berjaya dalam karier masing-masing.
Malangnya selepas beberapa tahun berkahwin, mereka masih belum dikurniakan anak dan hubungan menjadi dingin sehingga Sabrina tidak sedar suaminya menjalinkan hubungan dengan rakan sekerja dan juga sahabat baik Sabrina iaitu Suria (Fouziah Gous). Suria memikat Zahid menggunakan ilmu hitam iaitu ilmu pengasih.
Nama Mantera Anjasmoro itu diambil sempena nama Ratu Anjasmoro berasal dari Keraton yang mengamalkan ilmu jahat menggunakan serapah dan makhluk halus. Sumber - Google
Ilan suka cerita ni sebab ;
  • Zahid (Adi Putra) sangat handsome. i adore u!
  • Sabrina (Eja) sangat cantik n suka tengok the way she dress up.
  • OST sedap. paluan rindu
  • Banyak pengajaran (jangan jadi kawan makan kawan, jangan amalkan ilmu hitam, etc.)
  • Cerita seram yang realistik. tt may happen in real life.
  •  Banyak konflik! Suria (Fouziah Gous) LOSER, rampas suami bestfriend.
ok 9.30 already, cite ni nak start dah. jom layan jap.

mood swings

biasa la, sebulan sekali mesti sudden mood swings gara-gara tettttt. PMS semalam tak buat satu entri pun. sumpah tade mood and berguling-guling tahan sakit. pagi tu sebelum merana kesakitan sempat hang out dengan big bro; tengok Merong! haha. ok i watched it for the second time. Then teman along amek emas dia. bila la aku nak kaya boleh beli emas banyak-banyak. 

semalam tidur pun asyik terjaga sebab sakit. bangun pagi ni rasa nak menangis. sangat sakit. then minum susu suam and rehat. bosan kan bila sakit. ta boleh buat apa-apa secara bebas. waaaaa kesian kat diri sendiri.

29 March 2011

"CONTEST BEAUTIFUL EYES BY TENNILICIOUS"


ok join contest kali ni organized by tennielicious
tq ya dik bullet4roses tag akak.
kepada sesiapa yang nak join boleh klik banner kat atas tu, direct terus ke blog tennielicious ok
ini gambar saya; beautiful eyes ke? haha

meh le join.


buang surat cinta

hari ni ilan buang 3 kotak surat cinta. kite bako! kite bako! haha. comelkan dolu-dolu bercinta pakai surat dan setem. haha. sekarang pakai 'SMS' je nok! lagi pun sekarang setem pun dah naik harga, dulu 20sen sekarang 50sen. kalau tak, sampai sungai la surat kau orang! haha chill!



 

wishlist

hye people, i got my own wishlist, valid until end of this year. hehe. praying hard i'll able to get all of 'em by the end of this year. target kena ada! chill!


ok, wishlist disusun mengikut prioriti tertinggi. since ilan dah berambus quit from my previous co. so i need a new job. then getting engaged this year. dan seterusnya. wishlist yang dah bertanda tu wishlist durian runtuh. haha. tahu? new hp from hubby and new netbook from TM. Alhamdulillah murah rezeki ;)

so, pray for me people. kata ex-collaeage, "semayang kuat-kuat" hehe


"Saya nak join bloglist Nelly The Strange"


category : cool
kau orang sila join ;)

cepat sayangs, dateline hari ni.


Contest I ♥ My Friend


ada contest lagi kali ni by MTT@Ms toinkkk toinkkk
 and i've been tagged by mama najlaa so saya join dengan hati bunga-bunga.


ok semua ni classmate yang santek-santek masa dekat uitm shah alam. kita orang jadi organizing committee untuk satu seminar. so lepas discussion, apa lagi, bergambo ler ;)

ilan nak ajak mereka ni join k
oked 
cikmichiko
unguviolet

terima kasih tuan empunya contest. moga menang ameen. chill!



28 March 2011

baru 100 jek

walaupun baru 100 jek follower ilan ;) tak macam kau orang hebat-hebat kot. tapi tetap nak cakap syukur Alhamdulillah, semoga ukhwah kita sesama blogger berkekalan. Ameen. So, follower ke seratus ilan ni haa cik naniey, salam perkenalan ok. jangan sombong-sombong tau!


klik banner untuk ke blog naniey


Contest Natural Beauty



nak tag 2 orang, special untuk follower no 100 dan 101 cik nanie and cik nelly furtado *clapping*

gambar yang dipertaruhkan

 abang stalker; bagi chance adik menang ok kenyit-kenyit mata






fadhilat al-ma'thurat

Ringkasnya,
  • Al-ma'thurat dimulai dengan ucapan "Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari gangguan syaitan yang direjam" 
  • Bacaan Al-Fatihah dlm zikir Ma'thurat merupakan bacaan yg agung. Rasullah bersabda maksudnya : "Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya belum ada surah yang diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan menandinginya. Dialah tujuh Mithani dan Al-Quran yang agung yang diberikan kepadaku." 
  • Memperoleh surah al-Baqarah dalam zikir Ma'thurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas'ud Rasullah SAW bersabda : "Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya." (Riwayat Al-Darani dan Baihaqi) 
  •  Membaca ayat kursi jug terhindar drpd gangguan syaitan. Dari Ibnu Mas'ud sesungguhnya Rasullah SAW bersabda : "Siapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah al-Baqarah, ayat Kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi" (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semoga susunan Al-Ma'thurat ni memudahkan umat Islam mengamalkan zikir dan tasbih yang merupakan amalan Rasulullah SAW, Insya Allah.


27 March 2011

best ke ada SCANDAL?

whoaa best ke ada SCANDAL?


kehidupan sebegini sebenarnya adalah kehidupan yang sangat memenatkan dan merugikan. kenapa. anda terpaksa merahsiakan semuanya. penat kan. rugi pula tak dapat bersama yang tercinta 24-7. suku pun belum tentu. terkejar-kejar dan serabut otak. maka fikir-fikirkanlah.

Life is short, so live it up, laugh it off, avoid the drama, take chances, and never have regrets.


SAY NO TO SCANDALISME


rahsia hati


Hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hatimu. Pada orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah yang memupuk berdikari. Pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebatkan potensimu. Pada yang mengujimu kerana dia memberi peluang mujahadahmu. Pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaranmu. Bersyukur dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari yang Esa.

"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia,
Sedekahkanlah sebuah senyuman walau di hatimu tidak mampu lagi bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan,
Dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan."

Perihal sebuah kehidupan ibarat sebuah cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi.


teteh balik.

akhirnya, dapat jugak ilan jumpah kucing ilan balik. dah 20 hari ta jumpa! sangat rindu ok. engat dia dah tak nak balik rumah ni lagi ;( ta caya baca entri ni have u seen my cat

kami sedang bergurau-senda


chill!


26 March 2011

breakfast delivery

pagi ni memang ilan lapar. dari semalam lagi. so call la satu number yang selalu buat delivery makanan ke rumah ilan.
"u, i lapar..belikan breakfast"
tak lama lepas tu sampai la breakfast. engatkan roti canai ke, nasi lemak ke.
"NAH"
"laa kenapa beli bihun sup daging"
"cuba la dulu sedap tau"
.
pergh memang tak silap la. sedap gila sampai licin. kesian hubby. selalu gila kena layan kerenah aku. biasanya ilan mintak jajan junk food
"u tolong beli jajan, i bosan la"
kau orang pernah jumpa orang bosan makan jajan? ilan laa tu! biasanya sebelum dia pergi kerja, mesti pergi isi minyak kereta kan, haaa mesti time tu leh g beli 'jajan' kat mesra. hehe pandai kan?


25 March 2011

ilan nak ada 100 follower sampai ahad ni. boleh?

hye people, sekarang ada 86. nak jadi 3 angka ;) kalau sudi follow la.

dont hesitate to be my TOP 100 ok


chill ;)



jenis-jenis cinta


ok hye kau orang! today nak jadi dr. love. love, how can i define it? ada banyak jenis-jenis cinta. antaranya;

1) love at first sight - frankly, i'm not believe in love at first sight ok! for me, it take years for me to know someone. the true colours of someone. Best quote - "Do you believe in love at first sight or should i walk by again?"

2) cinta lokasi - cinta yang hangat-hangat tahi ayam beralih arah apabila seseorang itu berpindah dari satu kawasan yang lain ke kawasan baru. Best quote - "The hardest part of loving someone is knowing when to let go, and knowing when to say goodbye."

3) cinta SS - cinta syok sendiri bila cinta itu hanya ada pada sebelah pihak sahaja. sadis dan tragis. Best quote - "waiting for someone you love is never easy. most especially when he's not aware that you're waiting."

4) cinta monyet - cinta zaman sekolah but dont be suprise if they still being together since their childhood. amaze me alot. tabik spring 3 4 kali. Best quote - "Young, puppy, but definitely true love."

5) cinta Ilahi - the most gracious love. cinta yang terindah dan tak mampu diungkap oleh kata-kata keindahan cinta itu. Saya pun masih bertatih mengejar cinta Ilahi. Best quote - do not worry, do not grieve. Allah's love is always with you. His love is the highest and most beautiful love for all. He is a true love for all.

huh banyak sangat jenis-jenis cinta sebenarnya, but for now, i'm able to list down and interprate 5 types of love. fobia dengan word interprate kalau ada yang terlintas dalam kepala, boleh list kan di komen box ok! chill!


otak jangan sempit

serius aku ter-emo. lepas view video ni semalam. pasal gadis yang cuba terjun dari sebuah shopping complex; KB Mall. Nak bunuh diri sebab apa entah, ada kata frust bercinta. Ada kata sebab result SPM yang teruk.



Awak-awak. Buat malu kaum je tau. Kalau frust bercinta pun, bersepah banyak lagi jejaka-jejaka kat muka bumi ni. laki orang jangan sapu pulak. satgi kena lempang laju-laju. dan kalau frust sebab result SPM sekali pun, banyak lagi peluang yang ada. Tak semua yang cemerlang dalam akademik tu berjaya dalam hidup dan tak semua yang gagal dalam akademik tu tak berjaya dalam hidup.

Otak kasi buka luas-luas. Dunia ni luas. Malaysia ada 14 buah negeri. Jangan duk KOLOT sangat pikir satu benda. duk FOCUS satu masalah bagai nak gila. ni lah jadi nya.

Kenapa sampai terfikir nak bunuh diri?

1) tidak berkongsi masalah. bila bermasalah sebaiknya kongsi masalah dengan orang yang kita betul-betul percaya, dan minta nasihat yang positif. sumpah kau orang rasa lega. RELEASE beb! jangan la duk tanya "ok tak kalau aku nak terjun bangunan?"

2) dekatkan diri dengan Allah. supaya tidak terhasut dengan bisikan-bisikan jahat syaitan laknatullah. tapi jangan la time bermasalah je ingat Allah. Silap besar tu.

3) menangis. crying is a sign of weakness, no way! menangis itu sihat. dah puas nangis minum air mineral, kerana air diperlukan untuk membawa nutrien dan oksigen ke sel otak untuk pemikiran yang lebih waras.

ok cukup tiga kot. mumbling too much. take a good care of yourself people!


24 March 2011

sekejapan wall SB huru hara

gara-gara game yang BA anjurkan, sekejapan wall SB huru hara, kalau boleh keluar suara, confirm dah macam pasar. Even saya tak sempat nak join game ni, tapi saya yang sibuk-sibuk cari kan groupmate untuk blogger lain. kepochi

kelakar betul tengok semua kat SB kelam kabut cari partner dalam satu group nak lima orang. gelak sorang-sorang aku malam ni.

paling best ilan dapat cari kan OKED group. kalau ta mesti dia tidur nangis-nangis malam ni. hehehe. ked, ceq kutoq hang ni


tapi kalau tak silap, game BA ni sampai 12 tengah malam je. but then kalau ta sempat HOW? BA extend extend!


23 March 2011

rama-rama masuk rumah


tanda esok ada tetamu, mak yang cakap. rama-rama tu pergi kitchen, then masuk bilik mak, hall and at last landing in my room. kebenarannya, kita tunggu je la. kalau this few coming days ada orang datang, then betul lah analogi mak ;) hebat

hubby cakap ada momok nak datang. lagi ta boleh pakai punya idea. kalau malam ni saya ta boleh tidur nyenyak, siap dia!


ok nak pergi tempah baju nikah ;)


sebab ara dah bising-bising ta tempah baju nikah lagi, so hari ni nak tak nak ta boleh bertangguh lagi. actually, dari hari tu nak pergi tempah tapi kat melaka ni asyik hujan petang je. so mls nak keluar. dan ikot kan pagi tadi dah nak g tempah, tapi boleh pulak ATM card ilan tinggal dekat hubby. so kena tunggu petang sikit bila dia bangun, ta mau ganggu dia tidur.

eh apa hal tiba-tiba nak nikah? tunang pun belum kan. yela ilan buat yang wajib je. nikah je.

.
.
.
.

daaa. bukan la. actually, my cousin, ara; bagi ilan kain untuk jadi PENGAPIT dia bulan awal bulan jun ni. tu yang dia bising-bising ta tempah lagi tu. saje bagi kau orang suspen! kain tu cantik pulak. macam ilan pulak yang nk kahwin. so kalau boleh nak buat baju time ilan nikah nanti je.

mak ilan cakap, "lace tu kalau ada lebih boleh buat veil dik" ilan jawab "mak adik pengapit je k, bukan pengantin" tak nyempat pulak mak ni!


p/s : first time weh naik pelamin ;)


22 March 2011

kemenangan atau kekalahan?

Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing. Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan. Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripada mata kailnya. Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air. Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan. Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek? Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak boleh aktif lagi.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu. Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis. Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.

Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta. Kenapa jadi begitu? Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran, kesucian dan keikhlasan serta dasarkan cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan. Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba- cuba memberikan hati kepada orang lain. Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan air mata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita... Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu.... Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. . Renungkanlah. ...


p/s : sekadar berkongsi, jumpa kat dalam lappy. kalau dah pernah baca cerita ni, may proceed to other entry (; ok chill!


perihal kawan

bila saya lebih dewasa, saya mula kenal erti kawan. mengalaminya sendiri dan juga mendengar perihal orang lain. semuanya saya hadamkan menjadi satu analogi iaitu; "bukan senang nak ada kawan sejati" logik tak? entah.

alhamdulillah saya punya sahabat yang sangat baik dan memahami diri saya. tapi dia kat shah alam saya kat melaka. kami suka sms dan mms ;)

gambar baru mms tengahari tadi


alhamdulillah saya punya kakak angkat dari saya tingkatan dua. so dah hampir 10 tahun jugak la. tapi dia dekat kl saya pulak kat melaka. tapi kita orang kalau borak kat phone, tak hengat! mak mentua lalu sebelah pun tak dulik!

gambar curi dari fb dia


alhamdulillah juga saya ada sorang lagi kawan rapat saya, ye dia. sangat rapat. dia la yang banyak bantu saya dalam segala hal perihal kehidupan saya.

ini kawan sejati ke cinta sejati jeng jeng jeng


ada 3 orang ni pun rasa hidup dah cukup lengkap dari ada berpuluh-puluh kawan yang tak boleh harap. so kesimpulan, bila kau ada kawan, hargai la kawan tu ok? supaya nanti kau tak gila tanggung masalah sensorang ;) chill!