Sila tinggalkan jejak

12 October 2013

My baby is 36 weeks old

Assalammualaikum reader semua,

Ilan dah 36 minggu! Hai nervous la rasa hati ni. Last two weeks dah pergi hospital, berkenalan dengan gynea yang akan sambut baby Ilan. Next appointment at week 37th. Dr. nak bawa lawat labour room. Amek feel gitewww.

So dari segi persedian menyambut Little S. boleh dikatakan 70% ready la. Since perangai Ilan ni memang suka lengah-lengah, husband and mak la yang bising-bising suruh beli itu. Beli ini. Suruh packing barang nak bawak p hospital segala. Yang Ilan ni, buat relaks je.

So hari ni, at week 36 la baru Ilan beli set bersalin, bengkung. And mak suruh beli herba mandian sekali. Bagi badan segar. Orang dolu-dolu cari daun-daun tu belakang rumah je. Kita sekarang on laptop, klik2 tunggu parcel sampai. Sediakan ongkosnya je.

So Ilan decided amek Set bersalin NR, Bengkung NR and Mandian Herba Mak Bidan. Ranap RM365 sekaligus. Takpe la, investment untuk kesihatan badan kan.



 Lepas tu duk survey pulak breast pump. Memang dah lama usha Medela Free Style tu. Tapi RM1499 paling murah yang Ilan jumpa secara online. Lepas fikir punya fikir, i decided to start with manual pump first which is Medela Harmony. Kalau hasil susu lumayan nanti, boleh reward myself with Medela Swing or FS. Bergantung pada rezeki :)

Barang baby semua dah siap. Baju Little S banyak sangat. MIL bagi lagi. Cuma bebanan kerja je perlu diselesaikan sebelum Ilan 'Boom'. Doakan dipermudahkan segalanya. Amin.