Sila tinggalkan jejak

12 October 2013

My baby is 36 weeks old

Assalammualaikum reader semua,

Ilan dah 36 minggu! Hai nervous la rasa hati ni. Last two weeks dah pergi hospital, berkenalan dengan gynea yang akan sambut baby Ilan. Next appointment at week 37th. Dr. nak bawa lawat labour room. Amek feel gitewww.

So dari segi persedian menyambut Little S. boleh dikatakan 70% ready la. Since perangai Ilan ni memang suka lengah-lengah, husband and mak la yang bising-bising suruh beli itu. Beli ini. Suruh packing barang nak bawak p hospital segala. Yang Ilan ni, buat relaks je.

So hari ni, at week 36 la baru Ilan beli set bersalin, bengkung. And mak suruh beli herba mandian sekali. Bagi badan segar. Orang dolu-dolu cari daun-daun tu belakang rumah je. Kita sekarang on laptop, klik2 tunggu parcel sampai. Sediakan ongkosnya je.

So Ilan decided amek Set bersalin NR, Bengkung NR and Mandian Herba Mak Bidan. Ranap RM365 sekaligus. Takpe la, investment untuk kesihatan badan kan.



 Lepas tu duk survey pulak breast pump. Memang dah lama usha Medela Free Style tu. Tapi RM1499 paling murah yang Ilan jumpa secara online. Lepas fikir punya fikir, i decided to start with manual pump first which is Medela Harmony. Kalau hasil susu lumayan nanti, boleh reward myself with Medela Swing or FS. Bergantung pada rezeki :)

Barang baby semua dah siap. Baju Little S banyak sangat. MIL bagi lagi. Cuma bebanan kerja je perlu diselesaikan sebelum Ilan 'Boom'. Doakan dipermudahkan segalanya. Amin.


04 August 2013

A mommy to-be; 26weeks

As-salam,

Entri kedua untuk malam ni. Sekarang tengah rancak survey set berpantang. Sementara ada masa. Barang baby satu pun tak beli lagi. Sebab belum confirm gegirl ke boboy. So survey set berpatang je lah dulu. Mula-mula tak sedar pun keperluan barang-barang ni. Sampai mak ingatkan.

Antara 3

1) Nona Roguy
2) Tanamera
3) Amway

 Blog-hopping la dari semalam and discuss dengan my SIL, we decide to use set berpantang Amway. Less than RM300 and boleh consume until 44days. Mula-mula da decide nak beli Tanamera, tapi tak jadi sebab set Tanamera tak leh tahan sampai habis pantang which is 44days.

Disebabkan terlalu terpengaruh dengan review pasal Tanamera, Ilan beli loose pack, ada a few barang yang nak consume sebelum bersalin. Harap boleh permudahkan proses bersalin nanti. Semalam dah beli online, tunggu Tanamera respond je. It costs me about RM112 for 5 items. Ok la kan. Hehe tak sabar tunggu parcel sampai. Next month online purchase set Amway pula.

Pic credit to hartinipunyerblog















Syawal is coming, Ramadhan is leaving us soon

As-salam reader semua,

Seronok menunggu raya, dalam masa yang sama sedih nak meninggalkan Ramadhan. Alhamdulillah lagi 3 hari berpuasa, jika diizinkan Allah, sempurnalah sebulan Ilan berpuasa. Cabaran berpuasa ketika hamil? Rasa biasa je, sahur benda berat, minum susu. In sha Allah, mampu bertahan. Even sometimes ada rasa lemah badan, selalu mommy pesan dekat baby, kejap ye..kejap lagi dah nak buka -____-

Tahun pertama nak beraya bersama suami. Tapi last day Hubby text "B kena kerja raya pertama" Perasaan masa tu? Emm dah kenapa. Hari tu kata cuti..Takpe lah, kalau dah terpaksa. Rupanya, si Hubby dah mengamuk dekat tempat kerja pasal tak boleh cuti. Kira kena kerja paksa rela la ni.

Ada pulak nasi tambah yang bersuara "Rilek la, aku pun ada anak bini jugak" mana tak hangin dia. "Jangan nak samakan aku dengan kau. Kau dah bertahun rasa beraya dengan bini, aku ni kali pertama nak rasa bini ak salam tangan aku pagi raya" Meleleh la air mata Ilan dengar hubby cakap macam tu. Marah bertul Hubby bila orang suka-suka buat macam tu. Suka-suka suruh kerja. Kita da plan da balek raya mana semua :( Tapi Ilan kena la cool down kan Hubby. At last, dia decide pergi half day lepas solat hari raya and sesi salam-salam.

I love my Hubby so much! Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance!


 

24 May 2013

i'm a happy mommy-to-be

Alhamdulillah, rezeki Allah. Tak sangka dikurniakan anugerah ini secepat ini. Saya 'bunting pelamin' kata orang tua. Hari tu pergi check-up pun nurse cakap "Bunting pelami ke. Inai kat kaki tak hilang lagi"

Perasaan? Harus lah sangat-sangat happy. Sebab Ilan memang merancang untuk ada baby secepat mungkin. Atas banyak faktor. Antaranya; beri cucu cepat-cepat pada mak dan abah. Kukuhkan ikatan kasih sayang me dan hubby.

Soal mampu? In sha Allah. Anak tu kan rezeki. Jangan pernah risau pasal semua tu. Kalau asyik fikir mampu ke tak, sampai bila nak tunggu. Fikirlah. Dulu mak abah kita besarkan kita pun hidup takde lah mewah mana. Alhamdulillah hidup sederhana tu lah yang bantu saya jadi orang. Kenal erti penat lelah mak abah :)
Jangan pernah persoalkan qada' dan qadar Allah.

Doakan me and baby sihat-sihat hendaknya. Ameen. Macamana la rupa anak Ilan nanti. Mesti comel heheh!
Seronok tengok baby mata bolat-bolat
Ini baby saya. Sudah ada heartbeat.

Sebenarnya saya isteri dia

As-salam reader; Hari ni cuti, godeh2 gambar kahwin 4 bulan lepas. Tetiba rasa obses dengan diri sendiri. Hahaha. Bahagia sangat jadi 'bini' orang. Layan je la gambar-gambar di bawah. Alhamdulillah dapat photographer kawan-kawan. So tak kekok nak posing. Harga pun harga kawan-kawan lah :)

Alhamdulillah, selamat menjadi kekasih halal suamiku dengan sekali lafaz. 
Songket merah di malam berinai

Majlis resepsi theme colour tiffany blue
Majlis sambut menantu theme colour purple plum

19 May 2013

Hello Sunday!

Ahad datang lagi! Salam rindu dari kejauhan untuk semua rakan blogger.

Mashaallah. Lama sangat tak update blog. RINDU GILE.

Sekarang ni Ilan dah pun berkerja tetap di Melaka. 3 bulan di MATC sebagai RND Asst. and now, dapat semula kerja yang sama dengan experience dulu, as a procurement exec di sebuah kilang composite. Rezeki anak!

 

Banyak benda benda penting yang berlaku dalam sejarah hidup Ilan for the past 3-4 months. Tak cukup satu entri kalau nak cerita. Pokok nya, cuma rezeki Allah yang melimpah ruah. Semoga jauh dari menjadi orang-orang yang kufur dengan nikmat-Nya.Nanti Ilan sambung celoteh lagi ok. Nak edit blog, bagi cantik.

01 January 2013

New Year; New Job

Salam tahun baru. Moga masih belum terlambat nak ucap selamat tahun baru untuk semua. Apa azam uols tahun ni? Azam tahun lepas tertunai tak? Hehehe.

Sebelum ni Ilan ada cakap kan Ilan dah tak kerja di Cyberjaya lagi. Menetap di Melaka semula bersama family tercinta. And alhamdulillah, berita baik yang nak dikongsi bersama adalah Ilan dah dapat kerja baru. Alhamdulillah. Maybe memang rezeki sebelum bernikah ni. Terima kasih ya Allah.

First week kerja, ya ampun sangat busy. I cant catch up anything. Rasa loser sangat. Rasa nak resign pun ada. Alhamdulillah, sekali lagi Allah permudahkan jalan saya. The second week everything going well. Even busy memang tetap busy. Tapi i can mash up well with other staff. Doakan yang terbaik untuk Ilan k!



Esok kerja semula. Tapi Khamis Ilan cuti lagi! Heee. Nak pergi buat HIV test. Harap berjalan lancar la urusan hari Khamis tu.

 

My pre-wedding photoshoot - Theme : Colour Fighting

Hi people! Hari ni cuti sempena tahun baru 2013. So banyak kelapangan untuk meng-update blog cik Ilan ni. So ni la hasil pre-wedding haritu. Shoot by Kaki5photo;our official photographer (OP) untuk majlis bertandang di rumah hubby nanti. Rumah Ilan pula OP kawan abang Ilan. Abang Aril from Kamerakahwin. Kalau tak memang Ilan ambil Kaki5photo juga sebab service dorang best gila! So uols layan je la gambar-gambar pre-wedding Ilan ni..


 

The cardsss has been sent out!

Salam semua.. Rasa dah lama tak post entri baru maaf ya! Busy dengan persiapan W-day katenye. Oh! hahaha. So Sabtu hari tu, Ilan pun pergi la poskan kad2 jemputan untuk kawan-kawan yang bagi alamat. Harap-harap semua dapat datang. Sedih juga pada yang cakap tak dapat datang. Tapi nak buat macamana, masing2 ada perihal masing-masing. Kita faham -___-


So untuk semua pembaca blog, yang kena atau pun tak kenal, Ilan nak juga jemput. Ini bukan ajak2 ayam tau, ini SERIUS. Kalau ada kelapangan, or kebetulan anda ber-outstation di Melaka; jemput datang. Datang makan je. Hadiah-hadiah xperlu. Kalau ada tu bonus la :)


Wassalam. XOXO <-- tiru style Dian dalam IAD!