Sila tinggalkan jejak

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

24 May 2013

i'm a happy mommy-to-be

Alhamdulillah, rezeki Allah. Tak sangka dikurniakan anugerah ini secepat ini. Saya 'bunting pelamin' kata orang tua. Hari tu pergi check-up pun nurse cakap "Bunting pelami ke. Inai kat kaki tak hilang lagi"

Perasaan? Harus lah sangat-sangat happy. Sebab Ilan memang merancang untuk ada baby secepat mungkin. Atas banyak faktor. Antaranya; beri cucu cepat-cepat pada mak dan abah. Kukuhkan ikatan kasih sayang me dan hubby.

Soal mampu? In sha Allah. Anak tu kan rezeki. Jangan pernah risau pasal semua tu. Kalau asyik fikir mampu ke tak, sampai bila nak tunggu. Fikirlah. Dulu mak abah kita besarkan kita pun hidup takde lah mewah mana. Alhamdulillah hidup sederhana tu lah yang bantu saya jadi orang. Kenal erti penat lelah mak abah :)
Jangan pernah persoalkan qada' dan qadar Allah.

Doakan me and baby sihat-sihat hendaknya. Ameen. Macamana la rupa anak Ilan nanti. Mesti comel heheh!
Seronok tengok baby mata bolat-bolat
Ini baby saya. Sudah ada heartbeat.

Sebenarnya saya isteri dia

As-salam reader; Hari ni cuti, godeh2 gambar kahwin 4 bulan lepas. Tetiba rasa obses dengan diri sendiri. Hahaha. Bahagia sangat jadi 'bini' orang. Layan je la gambar-gambar di bawah. Alhamdulillah dapat photographer kawan-kawan. So tak kekok nak posing. Harga pun harga kawan-kawan lah :)

Alhamdulillah, selamat menjadi kekasih halal suamiku dengan sekali lafaz. 
Songket merah di malam berinai

Majlis resepsi theme colour tiffany blue
Majlis sambut menantu theme colour purple plum

19 May 2013

Hello Sunday!

Ahad datang lagi! Salam rindu dari kejauhan untuk semua rakan blogger.

Mashaallah. Lama sangat tak update blog. RINDU GILE.

Sekarang ni Ilan dah pun berkerja tetap di Melaka. 3 bulan di MATC sebagai RND Asst. and now, dapat semula kerja yang sama dengan experience dulu, as a procurement exec di sebuah kilang composite. Rezeki anak!

 

Banyak benda benda penting yang berlaku dalam sejarah hidup Ilan for the past 3-4 months. Tak cukup satu entri kalau nak cerita. Pokok nya, cuma rezeki Allah yang melimpah ruah. Semoga jauh dari menjadi orang-orang yang kufur dengan nikmat-Nya.Nanti Ilan sambung celoteh lagi ok. Nak edit blog, bagi cantik.