Alasan lebih mudah menjalin cinta dengan wanita bersuami berbanding anak dara. Selain lebih menyeronokkan, mereka juga tidak perlu bertanggungjawab seandai kekasih hati didapati hamil hasil hubungan gelap mereka kerana kedudukan isteri orang. sedangkan hubungan terlarang dengan para gadis memerlukan si lelaki memikul tanggungjawab atas segala kesalahan yang telah mereka lakukan.
Ada di antara lelaki sengaja memilih isteri orang untuk dijadikan kekasih. Untuk lebih mudah berzina dengan isteri orang berbanding anak dara. Hubungan dapat dijalinkan sebebasnya dan perzinaan dapat dinikmati tanpa sebarang halangan kerana ada orang yang akan bertanggungjawab di atas perbuatan terkutuk itu.
Mereka boleh bersikap lepas tangan seandainya wanita tersebut hamil akibat perbuatan zina, tidak perlu bertanggungjawab untuk menikahi wanita tersebut keran wanita itu telah pun bersuami dan suami mereka yang perlu bertanggungjawab.
Kehamilan itu juga tidak diragui masyarakat kerana si wanita mempunyai suami. Meskipun anak tersebut bakal mewarisi paras rupa lelaki/kekasih tetapi masyarakat tidak akan mempersoalkannya. Lebih-lebih lagi masyarakat Melayu mempercayai konsep 'KENAN'. Konon anak yang dilahirkan itu terkenan rupa rakan sekerja kerana setiap hari berjumpa. Hakikat sebenar hanya mereka yang tahu.
Nauzubillah.
2 orang bisik-bisik:
loike
yarhhhh ada jugak laki gini rupenyer.ingtkan ada laki jenis rampas awek orang jer..dasat gilerr
Post a Comment