Sila tinggalkan jejak

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

22 January 2012

Menghias botol Ikea

Hi people,

Staying up late at night, sebab nak post entry tertangguh! So, meh nak share sikit idea menghias botol Ikea. Mini jar sepatutnya. Sesuai dijadikan hadiah dan cenderahati untuk tetamu atau kawan-kawan.

Ok, Ilan will try to make this entry as short as possible. Mini jar ni dekat Ikea jual RM 1.70 satu. Sekarang xtahu la sebab dah banyak ada di kedai-kedai barang kelengkapan perkahwinan. RM 1.00 satu. Kalau beli banyak-banyak boleh la dapat RM 0.90.

Buka penutup, kemudian lubangkan penutup dengan besi panas. Penutup tu plastik ya, harap maklum. So boleh dilubangkan untuk masukkan tali. Sila simpulkan tali siap-siap. Masuk kan ke lubang di penutup tadi. Tali tu sebagai pemegang. So tak payah bagi paper bag!

Sila gentelkan ribbon menjadi ribbon berbunga empat (Perkataan gentel sangat gedik). Lilitkan keliling tutup botol dengan ribbon yang cantik. Pemilihan kombinasi warna yang sesuai sangat penting. Selesai melilit, lekatkan ribbon yang dah siap dibentuk tadi di atas tutup botol. Gunakan dua ribbon Kiri dan kanan.

Akhir sekali tepekkan bunga kecil di tengah2 ribbon tadi supaya tidak kelihatan terlalu kosong. Kiri dan kanan juga ya. Maaf gambar tak berapa jelas. Bukan guna SLR maka lihatlah hasilnya. Tadaaaa!


Untuk jimat bajet, saya DIY sendiri. Cilok idea orang je pun. Selamat menjadi :) Kalau nak beli yang dah siap pun ada jual. Tapi tau la harga dah mark-up siap upah. Paham-paham je la. Buat sendiri dapat murah, cantik, puas hati dan dapat PENAT! Sekian.



1 orang bisik-bisik: