Sila tinggalkan jejak

26 February 2011

bila rindu -entri tak bergambar-

dulu kecil-kecil selalu nampak dia. dia darjah enam. saya darjah lima. dia pemalu. tapi dia ada girlfriend ow. gf dia cantik ;) putih. saya hitam. berkarat. dia sekolah kat bandar. sekolah omputeh. saya sekolah kampung. dapat tengok dia bila sekolah agama petang-petang tu je. dia pakai beg kaler hitam merah. smart!

dia masuk sekolah menengah. sekolah omputeh juga. saya darjah enam. tak dapat tengok dia lagi ;( tapi saya pelik, dia telefon rumah saya ow! masa tu masing-masing takde handphone. dia call guna public phone. pakai coin. nostalgia nya. dia tanya saya dapat UPSR berapa a. saya cakap 5. dia cakap tahniah. saya suka sangat.

dia borak-borak dengan saya macam-macam. pasal koleksi-koleksi girlfriend dia. pasal motor. pasal kawan-kawan dia. saya tak kenal pun. tapi saya dengar jugak.
pasal kenakalan dia. nak tunjuk hebat la tu

saya tingkatan satu. kena duduk hostel. saya rindu dia. public phone kat hostel boleh kira dengan jari. so kena beratur panjang-panjang tunggu turn. call mak. ada coin lebih, call dia. dia lah satu-satunya kawan lelaki saya. sekolah saya semua perempuan. so saya tak ramai kawan lelaki. dia je la.

tingkatan 3. kami saling berhubung. sampai result PMR keluar. dia orang pertama call rumah saya. masih guna public phone! saya rindu zaman tu. dia tanya dapat berapa a. saya sedih sebab tak dapat straight a's. bahasa arab b. uh! dia cakap ok sgt. kalau sekolah biasa saya dah kira straight a's la. saya cakap tak. ayah saya nak straight a's. tapi dia tenangkan saya.

lama saya tak contact dia. saya dah tingkatan 4. saya pergi camping sana sini. wakil sekolah wakil negeri pertandingan itu ini. study pun ketinggalan. berkenalan pulak dengan seorang lelaki macho lagi handsome masa camping. nama dia luqman nurhakim. terus saya lupa dia! kawan lelaki saya. masa tu hanya luqman.

satu hari, kawan-kawan bagitahu luqman ada girlfriend. saya down sangat, saya tanya luqman, betul ke. dia sangat gentleman. dia cakap ya. dia ada girlfriend. saya terus tak contact luqman lagi. patah hati alhamdulillah mudahnya saya lupakan luqman. mungkin saya hanya suka kan luqman, bukan cinta. geli seh ayat ni

saya cari dia. masa ni kami dah ada handphone. saya rasa bersalah sangat. terus lupa dia waktu ada luqman. jahat kan. dia cool je. habis tingkatan 5. saya masih berhubung dengan dia. saya dapat sambung belajar di kedah. setahun. setahun tu kami tidak berhubung langsung! uh! sekali lagi saya jahat!

habis setahun, satu hari saya ternampak dia. tapi saya buat-buat tak nampak. sangat ego! haha. sampai rumah, ada orang text. dia! oh! dia propose saya. jadi girlfriend dia. saya tak nak. saya cakap, saya sayang dia sebagai kawan saya. tak nak satu hari sebab cinta saya bermusuh dengan dia. dia sungguh-sungguh. saya pun tak sampai hati. saya terima. cuba-cuba untuk seminggu dua. pejam celik. cuba-cuba dah hampir 4tahun kami mencuba.

dia lah kawan lelaki saya yang paling istimewa ;) saya cintakan dia. tolong jangan muntah. aku serius nok!

p/s : entri panjang lebar yang entah pape. sorry wasting your time reading this people. i just missing him terribly. kepada blogger kawan-kawan sekolah yang kenal nama luqman tu, oh! malu gila. cinta aku bertepuk sebelah tangan. haha

4 orang bisik-bisik:

cikuwada said...

wow, sgt bes jalan cerita dia..so sweet kak ilan :p

il ya na said...

haha malunye adah bace sampai habis ke? hahaha

ranyaizza said...

ni cite betul ke ? ehehehe .
sweet sangat ~ ^_^
ohhoo!!!

il ya na said...

ranyaizza : cite betol la u. hehe ;) doakan jodoh kami pjg ye. impian nak duduk on the dais with him