Sila tinggalkan jejak

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

11 December 2012

Rubberstamps dah siap!

Halu halu, lagi persiapan w-day. Rubberstamps nak buat cop depan envelope dah siap. Apa lagi, excited la kita cop cop :) Dah cop 100 envelope. Untuk kawan-kawan Ilan je guna design ni. For others, xde la. Buat suka-suka je mendalah ni.

At last, jadi jugak!

The envelopes


02 December 2012

Cop mohor

Assalammualaikum, Al-kisah rubberstamp untuk wedding nanti, Ilan pun dah design awal-awal. After googl-ing few ideas, then adaptasikan menjadi Ilan punya version. So first design come out with this.

Then Ilan pun pergi kedai yang boleh buat rubberstamp bentuk-bentuk ni. Bila sampai, abang tu tanya. "Gambar dalam format apa?" Ilan jawab "Err, JPG" terus si abang jawab "JPG tak boleh dik, kita terima format AI sahaja" Satu kerja pula Ilan balik, download AI and create a new one. Terpaksa ambil font lain yang ada dalam AI. So second design macam ni.
Tak kesah la, janji ada burung-burung tu. Ok dah boleh send balik ke kedai. Moga-moga berhasil! Amin!

30 October 2012

Teaser : Hantaran

Hi reader, tq for keep on reading, plus keep on 'menyinggah' di sini.

Lagi persiapan hari 'besar'. Untuk meminimakan bajet untuk hantaran, maka hiasan dulang hantaran tu Ilan buat sendiri. DIY gitew.

Simple je. Dulu kerja butik pengantin katenye. 2 years back. Sekarang, skill pun dah kurang. Nak gentel ball ribbon pun tangan dah kelu. So Ilan buat ala kadar je la apa yang mampu. Hiasan dulang hantaran pihak lelaki pun Ilan yang buatkan. Tolong bakal suami la uolss. Hihik.


Ok hantaran dari pihak Ilan untuk Hubby. Theme : Pink&Blue. Teaser je ni, ribbon tu Ilan akan ganti dengan Lace Ribbon warna Pink.


Yang ini dari Hubby untuk Ilan. Theme : Purple. Simple je kan. Hantaran bajet namanya. Jangan tak percaya, hantaran Hubby tu Ilan buat 7dulang, approximately RM50 je. Alhamdulillah. 60% completed.

14 October 2012

Teaser : Wedding Shoes

Hi reader!

Teaser je! kasut resepsi nanti. Gedik kan! Auuuw. Seksi tak. Hewhew. 5inch uols. Tapi tetap tak mampu berdiri sama tinggi dengan Hubby. Grrr.


Masa beli ni main ambil je sebab time tu dah penat and tak larat nak pusing-pusing lagi. So, mana yang nampak ok tu terus ambil. Design simple, sebab lepas kahwin boleh buat pakai pergi kenduri kahwin orang lain pulak. Hihihi :) So tak membazirkan.


13 October 2012

My baby..terpijak paku

Kesian Pepel. Tapi td dah hantar Pepel ke hospital pakar kereta. 10 minit siap! Dah boleh drift balik ;)

Published with Blogger-droid v2.0.9

12 October 2012

blogger-droid

Testing..testing

Installed new app.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Campur Tangan JIN di Malam Pengantin

Salam mahabbah untuk semua ;)

Semalam keluar jalan-jalan dengan Hubby. Pergi SOGO beli barang hantaran, cari baju nikah kat jalan TAR then balik Melaka singgah AEON beli barang lagi. So sampai rumah Ilan dah lembik-kepenatan, mata dah rabak. Tidur je ingat. Hari ni baru mampu belek buku ni.

Grab 3 buku. One of them is;


















mengandungi kaedah melindungi kedua pasangan pengantin dari serangan sihir, hasad dan 'ain. Sewaktu kita bernikah, mungkin ada orang lain yang tidak suka dengan pernikahan kita atau merasa dengki dengan kita. Mereka boleh melancarkan serangan dalam bentuk sihir, hasad atau pun 'ain; meminta pertolongan jin untuk merosakkan kebahagiaan kita. Buku ni mengupas bagaimana cara untuk mengatasi ancaman seperti di atas.

Nanti dah habis baca, Ilan share some infos ok ;) Hubby tanya, 'ain tu apa. Emm Ilan pun tak pasti. Rupanya 'ain itu adalah sihir mata.

09 October 2012

Shopping!!

Hallu, as-salam, Siapa suka shopping?? Mari! Mari! SOGO Oct Warehouse Clearance! Hubby dah janji nak bawak shopping Khamis ni. Yeehaa! Tapi SOGO je la, terlanjur nak pergi jalan TAR cari baju nikah weolss!

06 October 2012

Malacca!! I'm Back!


As-salam.

Seronoknya duduk rumah dengan family. Tak payah travel Melaka-Cyber every Friday and Monday lagi. Eh Kenapa? Haa ni la nak cerita al-kisahnya.

Al-kisah Co. Ilan ni tiba-tiba buat Workforce Restructuring yang mana a few account di department Ilan bekerja dipindahkan ke negara yang labour charge nya lebih murah dari sekarang. So, affected account kena la cari kerja dekat department lain dalam masa sebulan. Kalau tak dapat, maka tamatlah tempoh khidmat kita kat situ tapi of course company akan bayar kita. Ikut la berapa tahun perkhidmatan. Ada formula nya.

Actually banyak je internal position. Even me myself, manager ada offer one internal position. Tapi atas banyak sebab, i have to reject the offer. Plus, tak minat pun kerja tu. Kalau minat masa awal-awal opening Ilan dah apply. A bit funny bila di offer without applying and terpaksa respond "Sorry, i have other plan"

WHY??

1) Getting married in January 2013, future husband di Melaka. Ilan di Cyber. Weekend husband?? Oh..not so me. Rindu meh
2) Environment yang dah tak macam dulu, most 'Lunch Geng' dah keluar. Tinggal a few of us.
3) Bosses plak ****. Kira tak leh pergi jauh la kat situ. Kena tindas memanjang oi. Increment pun celah-celah gigi je jawabnye nanti
4) Pampasan ibarat duit terpijak gituh. Approx. 6months salary plus bonus. Siapa tak nak weh!
5) Lepas buat istikharah and discuss with a few buddies, then hati ni lebih kepada balik Melaka. Alhamdulillah i made the decision. Hope ini yang terbaik. Untuk saya, family dan bakal suami :)

Bye-bye HP
Maka pulanglah saya ke negeri tercinta, duduk bawah tiyak mak semula. January nanti duduk bawah tiyak somi pulak. Hahaha. Walopun kerja Melaka basic kau jangan harap nak cecah 3. Kurang-kurang dekat dengan suami. Hihihi.

This Monday ada interview! Lama ni tak interview. DOAKAN!!

 

05 October 2012

I'm officially a proud temporary housewife

Salam Jumaat uolss,

Maaf lama hilang. Busy dengan macam-macam urusan. Maka hari ni genap lah 5 hari Ilan sebagai fulltime housewife gitu. Kenapa? Why i'm leaving my previous co. ? OH! Tunggu next entry.

By the way, mintak maaf banyak-banyak dekat reader yang post comment di entry ini. Interview- AEON Jusco Maaf sangat-sangat ya. Sebab baru hari ni baca and baru nak reply. Maybe uolss da pun attend that interview. InsyaAllah dapat la tu. No worries.

So sekarang ni Ilan pun dah jadi job hunter again. Tapi kali ni hanya dalam Melaka sahaja. Maka peluang tu jadi makin sikit la kan. Apa pun mintak Allah permudahkan jalan Ilan. InshaAllah. Doa-doakan ye.


22 September 2012

Kursus Pra-Perkahwinan - Sukses

Salam hujung minggu,

Hi! As promised, i'm back. Hehe.

Akhirnya, selepas drama spontan di MB haritu ; refer entry Kursus kahwin ke-dua akhirnya, Ilan berjaya juga ambil dan tamatkan kursus pra-perkahwinan di Tampin. Burn camtu je la duit dekat MB. Alhamdulillah. Selesai satu perkara. So, kepada B2B Melaka yang nak ambil kursus kahwin ni boleh walk-in terus ke pusat-pusat kursus kahwin yang berdaftar.

Banyak sangat ilmu dapat masa kursus ni. Tapi ada juga slot yang bosan sikit. Sampai tahap nak terlelap je rasa. Tapi tahan je. Hubby ada kat belakang. Jangan risau, penceramah tak tanya soalan pun dekat peserta kursus. Sekadar mendengar dan hadamkan dalam kepala. So, mana yang belum tu, baik pergi ambil cepat k. Silalah ambil awal sebelum kursus 2hari tu dilanjutkan jadi 5 hari ;) Haha saja takutkan korang!


 Bye people! XOXO

Maafkan saya

Assalammualaikum w.b.t.

Dear followers,

Walaupun kita hanya saling mengenali di alam blog ni, tapi tetap saya nak mohon maaf. Sebab terlalu lama xupdate blog. Rindu yang teramat nak post new entry, tapi ada je halangan. InsyaAllah, segala entry tertangguh, Ilan akan post soon..yes, very soon. Begitu juga gambar-gambar tertangguh.

Untuk entry ni, just nak wish korang ENJOY YOUR WEEKEND. Apa rancangan korang? Me? Hari ni ada date dengan future MIL. Nak pergi tengok baju untuk majlis bertandang nanti. Awak-awak doakan ya persiapan majlis saya dipermudahkan ;) Ok awesome follower, sayang korang ketata-ketat. Tinggalkan comment kalau sayang saya juga!


08 June 2012

Kursus kahwin ke-dua

Salam Jumaat, salam penuh kasih sayang :)

Kalau sesiapa ada terbaca post Ilan sebelum ni, al-kisah nak pergi Kursus Kahwin. Ehemmm. Batuk pulak. Al-kisah 26 and 27 Mei yang malang. Ilan tak masuk pun kursus pada hari tu (sigh)Kenapa? Sebab Ilan tak baca peraturan di belakang resit. Yes memang Ilan salah at the first place. Resit tu, Incek Tunang baru bagi masa keluar kereta bila sampai tempat kursus. Dia engat Ilan memang tahu. Sebab ramai kawan dah pergi kursus. Tapi tak semua tempat peraturannya sama. Miscommunication disitu.

Bila sampai kaunter pendaftaran, makcik yang ambil attendance tu tanya kenapa tak pakai tudung putih and she refused to let me get into the course just because tak pakai tudung berwarna putih. Ilan tak tahu pulak kena pakai tudung putih. Baru dapat resit pagi tadi. Kalau tahu memang Ilan akan pakai. Bukan masalah besar pun bagi Ilan nak pakai tudung putih.

Selepas babak negotiation antara Ilan dan makcik yang boleh Ilan katakan agak 'kerek', Ilan mula give up. Mendidih juga la rasa darah muda ni and i do provoke her. "Pakai tudung purple ni tak tutup aurat ke Puan". Sebelum Ilan terkurang ajar terhadap makcik yang tiada timbang rasa tu, so Ilan ambil keputusan untuk balik. Biarlah Ilan rugi RM80 dari bertekak dengan makcik yang mentaliti nya kurang arif, tidak berbudi bahasa apatah lagi tolak ansur. Hello, Ilan bukan datang kursus tu for free. I pay u somemore. But then? Agak kecewa sebenarnya dengan management Co. tu. Sepatutnya, saya nak menikah, anda permudahkan. Bukan menutup dan memperlecehkan jalan saya :(

Incek Tunang yang dah masuk pun keluar dari bilik seminar and decided to go home with me. Dia memang tak kan biarkan Ilan sensorang. I cried all the way home. Rasa kecewa sangat sebab Ilan sangat semangat pagi tu but end up kecewa dengan sikap sesetengah orang Melayu yang lupa diri, walaupun bekerja jaga kaunter pendaftaran (pathetic) Balik rumah tenangkan diri. Petang tu, Ilan dan Incek Tunang pun mendaftar semula kat tempat lain, yang lebih mesra pelanggan. Siap mention kat resit WARNA BEBAS! Tahniah buat diri sendiri sebab tabah untuk dugaan pertama ni.

Second one, Rabbi yassir wa la tuassir.
 

25 May 2012

kursus kahwin 26/05/2012 - 27/05/2012

Happy Friday uols!

Ok curi-curi update blog kat office. Cuti sekolah dah start. Apa plan adik-adik yang bercuti tu? Kalau free singgah-singgah lah ke sini. Drop satu dua komen. Hihik.

Esok, Ilan and hubby akan menghadiri kursus kahwin di Majlis Agama Islam Melaka. Bayaran RM80.00 seorang selama 2 hari (: Alhamdulillah. Semoga berjalan lancar lah hendaknya. Kepada yang nak ambil tu, silakan. Dan pastikan 'booking' awal ya. Hubby booked for us last two months i guest. Always full-house. Ramai nak kahwin giteww.

Minggu ni saja, 4 orang kawan Ilan melangsungkan majlis perkahwinan mereka and Ilan pula ada kursus. So how, terpaksa pergi salah satu :( but doa Ilan untuk kawan-kawan. Semoga beroleh perkahwinan yang diberkati. InsyaAllah.

Ok. Cukup kot mumbling pagi-pagi ni. Bye.

Lots of loves,

01 May 2012

The Avengers : Review sikit je


Siapa belum tengok The Avengers? Me? Done watching last Saturday with hubby! Tak nak lah review lebih-lebih nanti tak feel kau orang nak tengok. Tapi memang best! Five star ok! Btw, masa nak booking online i never book for 3D #mahal Clicked for 2D one. Unfortunately full ok. Maybe sebab Saturday. Then got some more tickets for normal one. Haven't mention 3D or 2D. So, wondering what's the diff right betweeen 2D and the normal one. So far, yang 2D tu lebih kurang je dengan yang without 2D tu. Just the 2D one gambar lebih sharp and clear sikit. Macam tengok tv HD la. Since 2D full, layan je yang normal. murah rm1 dari 2D. hihik. The Avangers memang best. Handsome pulak Captain America tu kan!


21 April 2012

Aku Ada Kamu

Alhamdulillah.
Walaupun kami banyak kekurangan, namun kami saling melengkapi.




 

06 April 2012

Kerana Mulut Badan Binasa

Hye blogger,

Lama sudah tidak menghapdet. Tiba-tibe entri gempak terus keluar. Bukan apa tiba-tiba terasa nak meluahkan perasaan. Kalau luah di Facebook, itu annoying. Luah di Twitter itu sarcastic. Hewhew gelak keji

Begini al-kisahnya, kehidupan seharian kita semestinya berhubung dengan ramai orang. Maka berjaga-jagalah dengan setiap butir kata yang keluar dari mulut kita.Kira macam ada orang ni terlepas cakap sesuatu yang tak menyenangkan kat Ilan. Ya Allah, geram, sedih semua ada. Kat Encik Tunang je la tempat mengadu :( Kalau Ilan nak cakap balik, macam-macam Ilan boleh cakap supaya dia sedar di mana kedudukan diri dia sekarang. Tapi Ilan tak nak. Cukup pendam dalam hati and will ignore her. Opppss. Kantoi perempuan kan; "her"

Maka kesimpulannya, bermuhasabah lah setiap hari. Fikir semula, kenapa Allah tidak melengkapkan kehidupan kita. Macam mana nak sempurna kalau setiap hari kita menyakiti hati orang lain. Sengaja mahupun tidak. Same goes to me. Kena bermuhasabah setiap hari. Fikirkan!

P/S : Jangan bercakap macam orang takde otak

27 February 2012

Next Must Watch Movie : Adnan Sempit 2

Hye people!

OH semangat ni, counting days before going back to my hometown. Nak tengok Adnan Sempit 2 with my fiancee. Rasa macam nak book tiket sekarang je. Boleh? Haha. Kenapa excited sangat? Sebab.. Ramai cakap best and kelakar gile. Uwaaa. Mesti tengok.


Siapa yang dah tengok? Meh la komen sikit :)How bout This Means War? Siapa tak tengok rugi tau! Ok people, almost 5.30 p.m. Ilan nak balik rumah dah. Nak baring-baring. Counting every single minutes. Wek!

Bye!


22 February 2012

Lets PIZZA-ing

Hey people,

Lets have another round of pizza. Jom serang!


Bye!

21 February 2012

Jom makan PIZZAHUT

Hi people,

Hari ni datang office, buka outlook. Dapat coupon la. Just want to share with you guys. If rasa macam nak makan pizza, yes, please. Take this :)


Enjoy your pizza. Bye!

20 February 2012

This Means War

Hye people, lama tak update blog. Ape tah lagi men-review movie. So, today rasa macam nak review movie. Maybe not too long. Just a quick entry. Dekat office sekarang. Still in weekend mood Monday Blues

So, semalam, me and hubby going out for movie. Seriously tak tahu nak tengok movie apa. Hantu Dalam Botol Kicap? Oh my....cerita apa tu. Hehe. Tak nak hantu-hantu. So servey punya servey, decided nak tengok "This Means WAR"


Ok, frankly speaking, cerita ni sangat best. Yes! We enjoyed our movie. Normally movie yang kami expect best, biasa nya mesti suam-suam kuku je. Tapi movie yang main beli je mesti best. Selalu macam tu.

Kenapa best? First, one of the hero (ada dua hero) handsome melting. Heroin? Biasa je. Haha. Its about how two private agent and close friend try to win a girl's heart :) Yes people! You wont regret your 10bucks for this movie. Trust me!

Kalau tak percaya, boleh view trailer bawah ni. Ok people, just sharing. Lots of love, ilan.
 


24 January 2012

The Hantarans

Hantarans berasaskan makanan je. Simple dan jimat. Hantaran kahwin Hubby dah mintak SLR. Camno? Tengok la macam mana nanti. Kena manage duit betul2. Honeymoon lagi. Uh! Takpe banyak masa lagi sedapkan hati haha. Ada Orang tanya Ilan, apa perasaan selepas bertunang. Ilan jawab; sama je. Takde beza pun. Nak jawab makin sayang macam cliche je. Haha.

Dari Ilan Cake, Telur Masin, Chocolates
Dari Ilan juga, Cupcake, Manisan, Buah-buahan dan Sirih
Dari Incek Tunang, Cincin, Separuh Wang Hantaran, Sirih, Buah-buahan dan Cake.
Orang kata time tunang ni darah manis, betul ke? For me, depends on individu tu sendiri. Kalau terlalu pikir darah manis  tu, susah la. Psychology sebenarnya.

E-day : Part 2

Hi people,

So sambungan kepada part 1, yang agak ringkas. Berbalik kepada preparation. Tak tahu la nak cerita apa, sebab Ilan relax je masa nak tunang ni. Semua Ilan cari dekat facebook. And booking via phone. Kanopi, siap ber-sms lagi. Hantarans pun Ilan siapkan dlm masa sehari, a day before 14Januari. That's why Ilan rasa majlis Ilan simple. Cuma door-gift je la Ilan buat sikit-sikit. Sebab kerjanya agak rumit.
  • Kanopi - Kanopi Melaka (Mereka ni sporting plus reasonable price)
  • MUA & Mini Pelamin - Aisya Zulaikha Make UP (Adik Aisya yang friendly and workaholic)
  • Hantarans - Sirih, Chocolates, Buah, Manisan, Telur Masin, Kek (Kak Dila), Cupcake (Sponsored by cousin tersayang; Sarah)
  • Photographer - Abang Apih (Upah, belanja makan ikan bakar)
  • Katerings - Mak Tersayang
  • Berkat Jemaah Surau - Mak sediakan hehe
Hehe tu je la kot, simple. Calling2 je, settle. Yang pening nya majlis kahwin nanti, tak tahu nak ambil MUA mana. Tunang ni boleh la main tangkap muat je.

Bonda tersayang

23 January 2012

22 January 2012

Menghias botol Ikea

Hi people,

Staying up late at night, sebab nak post entry tertangguh! So, meh nak share sikit idea menghias botol Ikea. Mini jar sepatutnya. Sesuai dijadikan hadiah dan cenderahati untuk tetamu atau kawan-kawan.

Ok, Ilan will try to make this entry as short as possible. Mini jar ni dekat Ikea jual RM 1.70 satu. Sekarang xtahu la sebab dah banyak ada di kedai-kedai barang kelengkapan perkahwinan. RM 1.00 satu. Kalau beli banyak-banyak boleh la dapat RM 0.90.

Buka penutup, kemudian lubangkan penutup dengan besi panas. Penutup tu plastik ya, harap maklum. So boleh dilubangkan untuk masukkan tali. Sila simpulkan tali siap-siap. Masuk kan ke lubang di penutup tadi. Tali tu sebagai pemegang. So tak payah bagi paper bag!

Sila gentelkan ribbon menjadi ribbon berbunga empat (Perkataan gentel sangat gedik). Lilitkan keliling tutup botol dengan ribbon yang cantik. Pemilihan kombinasi warna yang sesuai sangat penting. Selesai melilit, lekatkan ribbon yang dah siap dibentuk tadi di atas tutup botol. Gunakan dua ribbon Kiri dan kanan.

Akhir sekali tepekkan bunga kecil di tengah2 ribbon tadi supaya tidak kelihatan terlalu kosong. Kiri dan kanan juga ya. Maaf gambar tak berapa jelas. Bukan guna SLR maka lihatlah hasilnya. Tadaaaa!


Untuk jimat bajet, saya DIY sendiri. Cilok idea orang je pun. Selamat menjadi :) Kalau nak beli yang dah siap pun ada jual. Tapi tau la harga dah mark-up siap upah. Paham-paham je la. Buat sendiri dapat murah, cantik, puas hati dan dapat PENAT! Sekian.