Sila tinggalkan jejak

22 January 2011

kalau berpacaran

1. Jaga penampilan diri kerana semua orang suka dengan kekemasan dan kecantikan. Jangan overdress dan pastikan penampilan sesuai dengan majlis dan destinasi. Cukup sekadar sedap mata memandang. Supaya si dia selesa bersama. Kalau nak tahu macamana definisi 'sedap mata memandang' bila anda berjalan ada mata lain yang mencuri memandang anda walaupun anda sedang bersama si dia, nah! itu lah sedap mata memandang [√]

2. Jadilah diri sendiri supaya pasangan dapat mengenali kita. Bukannya berlakon dan berlagak seperti orang lain yang akhirnya akan menjerat diri sendiri. Be yourself. Ramai yang merungut tentang sikap pasangan berubah selepas berkahwin. Kenapa? Kerana mereka tidak menjadi diri sendiri semasa bercinta. [√]

3. Beri perhatian ketika si dia bercakap. Walaupun anda tidak tahu-menahu tentang perihal itu. Memang bosan mendengar perihal sesuatu yang kita tidak tahu dan paham terutama jika anda dan si dia berlainan bidang kerjaya namun take it positive. Pengetahuan am dan sekurang-kurangnya berkongsi pengalaman. [√]

4. Gembirakanlah si dia. Luangkan sedikit masa bersama walaupun terlalu sibuk dengan kerja. Pergilah ke tempat yang memberi banyak kenangan antara anda dan si dia. Sesekali berilah hadiah bukan sahaja pada hari lahir, anniversary, tetapi pada hari biasa. Contohnya memberi diari pada tahun baru. Sekecil-kecil pemberian pun si dia akan hargai sekiranya anda ikhlas. [√]

5. Jangan kedekut dengan kata pujian untuk si dia. Berikan pujian seikhlas hati anda tapi jangan sampai berlebih-lebih atau pun terlalu kerap. Bimbang si dia tidak lagi menjaga penampilan dan bermegah diri nanti. [√]

6. Tunjukkan yang anda mengambil berat terhadap pasangan anda, tolong dalam perkara remeh sekalipun.[√]

7. Apabila anda melakukan kesalahan, jangan malu untuk mengakuinya. Ringan mulut untuk mengucapkan perkataan maaf walaupun sorry seems to be the hardest word pinjam tajuk lagu sekejap. Tunjukkan keikhlasan dan jangan sekali-kali mengulanginya. [√]

8. Berkongsilah. Sharing is caring ayat yang stereotaip ataupun moden sikit budak-budak sekarang panggil cliche. Sama ada berkongsi kegembiraan atau pun masalah, pasti kan ada give and take di situ. [√]

9. Jangan terlalu menunjukkan yang anda adalah sangat baik dan sempurna. Kerana tiada manusia yang sempurna dan terlalu sempurna. Sekiranya si dia benar-benar ikhlas dengan anda, dia akan menerima anda seadanya. Ingat! Nobody's perfect. [√]

10. Jangan sekali-kali membandingkan kekasih anda dengan orang lain terutamanya bekas kekasih mahupun kawan-kawan baik anda, dan jangan menunjuk walaupun anda digilai sepuluh lelaki atau wanita lain. Anda seperti mencabar pasangan anda. Terutamanya lelaki. Bagi mereka masakan pokok bergoyang kalau tiada si angin. [√]

11. Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana di sebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya. Bersyukur atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan. Jangan sesekali mengungkit kenangan pahit itu. [√]

12. Gunakan ganti nama yang mesra. Panggil dia dengan nama yang lain daripada yang orang gunakan. ini memberi keistimewaan kepadanya. Sebagai contoh hubby dan sayang. errr [√]

13. Kekasih anda juga mempunyai rakan-rakan. Oleh sebab itu, saling mempercayai dalam hubungan adalah penting dan jangan terlalu mengongkong dalam kehidupan sosialnya. Namun jangan terlalu ambil mudah. Pastikan juga si dia benar-benar bersama rakan bukan "rakan" [√]

14. Ajaklah kekasih anda melakukan aktiviti rekreasi bersama-sama seperti berkelah, bermain boling, jogging dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan anda. [√]

p/s : sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman sendiri. ;) tips untuk diri sendiri juga.

2 orang bisik-bisik:

Nafardz said...

like dis post! :)

il ya na said...

like ke nadrah? meh join contest