Sila tinggalkan jejak

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

15 January 2011

my way


K i s a h K a k t u s

Walau betapa tajam luaran,dalamnya masih tetap cecair yang lembai.


Si uda dan si dara hidup berjiran. Berkawan baik sejak kecil. Kini sudah tiba masanya untuk mereka saling berpegangan tangan menuju kedewasaan. Mereka seperti putera puteri dalam dongengan. Mereka membesar bersama, memahami antara satu sama lain dan belajar untuk menyakiti diri masing-masing. Dan dengan menyakiti diri masing-masing, mereka menjadikan ia sebagai sebuah permainan. Meskipun sering dilanda hiba, mereka tetap tertawa riang.

Pada suatu hari, si uda bersama seorang gadis. Si dara yang berada di situ kecewa melihat keriangan merah yang terlakar di segenap wajah si uda. Si dara kemudian berlalu dengan susuk tubuh lelaki lain pula yang sengaja di apit rapat.

Tabiat ini terus berkekalan sehingga melangkah ke alam remaja, menyakiti hati masing-masing adalah agenda utama mereka.

Ironisnya, mereka menyayangi satu sama lain tapi jauh di sudut hati, mereka semua bersifat kaktus; sering berbelah untuk menyakiti diri masing-masing. Hanya mereka saja yang memahami gaya persembahan mereka itu yang bersifat affeksi semata-mata.

Tabiat buruk adalah tetap tabiat buruk. Menjelang dewasa, konflik si uda dan si dara ini mula mendatangkan musibah kepada individu lain. Dalam diam, gadis yang bersama si uda sebelum itu telah jatuh cinta kepadanya. Dan dalam diam juga, gadis itu (yang kami beri nama A) menjadi mangsa pertelingkahan dua insan tersebut. Mana tidaknya, setiap kali pergaduhan terjadi, si uda akan berlagak bagai benar-benar mendampingi si A.

Ini sekali gus mengundang pelbagai sabur-limbur kepada orang sekeliling. Mereka kadangkala bertengkar di tengah jalan raya tanpa menghiraukan mata yang memandang. Lebih parah, perasaan sayang mereka tetap terkulum di dalam hati.

Si uda menyedari kebelakangan ini, cinta A terhadapnya kian utuh. Namun, dia hanya menggunakan A sebagai modus operandi untuk bersaing dengan si dara. Si uda dapat merasakan bahawa dia tiada lain hanya banjingan semata-mata. Dia tidak sepatutnya menyakiti insan semurni A.

Si dara kaget melihat kekusutan pada raut si uda. Si dara memandang tajam ke arah si uda. Dia sedar, semuanya kerana nawaitu si uda yang hanya ingin menyakiti jiwanya.

Akhirnya suatu hari, si uda terbayang kegembiraan yang selama ini didambakan. Baginya, si dara adalah pokok kaktus yang dipenuhi duri tajam. Ramai yang mencari tetapi tidak menemuinya. Kebahagiaan yang penuh dengan duri kadang kala boleh mencederakan. Si uda menanti si dara di suatu sudut dunia ini.

Dan kini, mungkin si dara sendiri adalah kaktus yang amat degil di bawah jagaan si uda.

adaptasi karya jidi



0 orang bisik-bisik: