Hidup ini adalah untuk bersyukur. Bersyukur pada orang yang menyakiti kerana dialah orang yang menabahkan hatimu. Pada orang yang tidak mengendahkan dirimu kerana dialah yang memupuk berdikari. Pada yang menjatuhkan kamu kerana dia yang memperhebatkan potensimu. Pada yang mengujimu kerana dia memberi peluang mujahadahmu. Pada yang menyeksa kamu kerana dia yang menguji kesabaranmu. Bersyukur dengan segala ujian Nya kerana itulah tarbiyyah dari yang Esa.
"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tidak selalu bahagia,
Sedekahkanlah sebuah senyuman walau di hatimu tidak mampu lagi bertahan,
Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,
Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,
Hiduplah dalam Iman walau hari dipenuhi dugaan,
Dan berpeganglah kepada Allah walau Dia tidak kelihatan."
Perihal sebuah kehidupan ibarat sebuah cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi.
1 orang bisik-bisik:
penuh kejiwaan rohani :)
Post a Comment