Sila tinggalkan jejak

Lilypie Pregnancy tickers
Lilypie First Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

25 March 2011

otak jangan sempit

serius aku ter-emo. lepas view video ni semalam. pasal gadis yang cuba terjun dari sebuah shopping complex; KB Mall. Nak bunuh diri sebab apa entah, ada kata frust bercinta. Ada kata sebab result SPM yang teruk.



Awak-awak. Buat malu kaum je tau. Kalau frust bercinta pun, bersepah banyak lagi jejaka-jejaka kat muka bumi ni. laki orang jangan sapu pulak. satgi kena lempang laju-laju. dan kalau frust sebab result SPM sekali pun, banyak lagi peluang yang ada. Tak semua yang cemerlang dalam akademik tu berjaya dalam hidup dan tak semua yang gagal dalam akademik tu tak berjaya dalam hidup.

Otak kasi buka luas-luas. Dunia ni luas. Malaysia ada 14 buah negeri. Jangan duk KOLOT sangat pikir satu benda. duk FOCUS satu masalah bagai nak gila. ni lah jadi nya.

Kenapa sampai terfikir nak bunuh diri?

1) tidak berkongsi masalah. bila bermasalah sebaiknya kongsi masalah dengan orang yang kita betul-betul percaya, dan minta nasihat yang positif. sumpah kau orang rasa lega. RELEASE beb! jangan la duk tanya "ok tak kalau aku nak terjun bangunan?"

2) dekatkan diri dengan Allah. supaya tidak terhasut dengan bisikan-bisikan jahat syaitan laknatullah. tapi jangan la time bermasalah je ingat Allah. Silap besar tu.

3) menangis. crying is a sign of weakness, no way! menangis itu sihat. dah puas nangis minum air mineral, kerana air diperlukan untuk membawa nutrien dan oksigen ke sel otak untuk pemikiran yang lebih waras.

ok cukup tiga kot. mumbling too much. take a good care of yourself people!


1 orang bisik-bisik:

Kancilbiru said...

gila sungguh budak tu....fikir tak habis...