Sila tinggalkan jejak

08 April 2011

aneh! orang halus pembersih!

bukan cerita telur tiruan ;) ok just nak share with kau orang kejadian yang agak aneh di kawasan rumah saya. dulu saya selalu nampak seorang makcik jalan kaki pergi kedai petang-petang. makcik ni memang aneh. ayah cakap dia tak berapa betul. tapi dia baik, tak kacau orang pun. just dia dan dunia dia sendiri je.

baru-baru ni gawat pulak bila dia jalan sorang-sorang dan kutip sampah-sampah kat tepi jalan. ok lagi la. then yang tak ok nya bila dia mula racun pokok kat rumah orang. termasuk rumah saya sekali. pokok durian, pokok hiasan memang aneh ada kesan minyak. ada pokok yang dibakar. memang banyak pokok mati.

mak saya mula-mula pun pelik, siapa pulak yang duk racun pokok durian ni. then bila tahu jiran-jiran kena, pokok-pokok tepi jalan pun ada yang mati. paling gawat bila mak cik ni pergi bakar tong sampah jiran dia. jiran ni pun marah and mak cik tu jawab "aku ni gila, kalau tak aku tak buat semua ni"

al-kisah, ada orang cakap mak cik ni kena buatan orang halus pembersih, dia tak boleh tengok semak-semak, kotor-kotor dan sepah-sepah. paling latest saya dengar dia dah kena tangkap masuk hospital mental. tapi mak cakap seminggu dua je. sebab dia nampak waras. cuma kadang-kadang bila 'benda' tu datang, dia mula la lakukan kerja-kerja pembersihan dia.

aneh!


7 orang bisik-bisik:

Azizah a.k.a N.a.z said...

kesiannya..
ade org camne yea..
bagus gak..le tolong jaga kebersihan kampung.. :P

il ya na said...

@Azizah a.k.a N.a.z ha'a kak, tapi yang tak bagus nye kenapa la racun pokok durian. kekeke

LadyComot said...

hahak lawak lak rasa...kekeke bukan senang nak jumpa org cam gini.. bgus pinjam kasi racun kat kebun yang semak samun tu.. hehehe jimat tenaga dan kos..

amny said...

die tinggal sorang2 ke??kesian sungguh...

OKEdChokelaT said...

ko kena tag..hahaha

weh...umah aku bsepahhhh.....

MiSzy DiaN said...

waaa.. ada gak yaa mcm tu..
tp kesian gak kt dia sb sggup wat mcm tu kt dia kan.. ye laa kena kn org..

Cik Cempaka said...

pembersih tu ok lah..tapi habes di racunnya pulak..haha